Sunday 10 April 2016

Sejauh Mana Kebenaran Cerita Callistus Fernandez Telah Menjadi Persoalan Umum.

Sejauh manakah Callistus Fernandez (CF) mampu meneruskan lakonan drama ini dihadapan rakyat Sabah yang telah dihanyutkan dengan kisah perbualan seks dengan gambar-gambar percutian itu?

Apakah benar perbualan itu dilakukan diantara dua individu yang sedang bercinta? Atau ia hanya dilakukan oleh seseorang individu yang menggunakan dua simcard yang berbeza?

Atau mungkin perbualan itu sememangnya dilakukan oleh dua individu tetapi salah seorang individu tersebut telah diancam dan diugut malah dipaksa untuk melakonkan perbualan seks itu menggunakan gaya bahasa mesra dan cara Sabahan agar melalui perbualan seks itu ia akan mampu menyakinkan orang ramai tentang keintiman hubungan yang konon "wujud" diantara dua individu ini?

Bukankah CF sudah mempunyai keluarga di Cambodia dengan seorang anak lelaki yang masih lagi kecil? Adakah terdapat kecurangan hubungan yang berlaku sewaktu dirinya berada berjauhan daripada isteri sehingga menjadikan gadis-gadis Sabah sebagai alat-alat pelampias nafsu seks secara paksa yang dikategorikan sebagai "Rogol"? CF patut tahu bahawa "rogol" itu adalah satu perbuatan Jenayah berat yang boleh mengakibatkan penjara tidak kurang daripada 5 tahun dan sebatan tidak lebih daripada 10 kali.

Melihat kepada semua pendedahan Callistus Fernandez, ia telah menampakkan seolah-olah terdapat persedian yang "rapi" telah dilakukan pada peringkat awal sekiranya terdapat usaha individu itu untuk mahu melepaskan diri daripada cengkaman ugutan dan ancamannya.

Dengan merujuk kepada kes HJ, ia bertepatan dengan keberangkalian tersebut atau dalam erti kata lain, ia mengena dengan teori yang diketengahkan dalam persoalan diatas dan ini memberi gambaran yang jelas bahawa terdapat unsur ugutan yang telah mampu menundukkannya untuk satu tempoh masa yang agak panjang. Namun disebabkan ugutan tersebut kerap digunakan, ia telah membuatkan HJ mampu mewujudkan imunisasi diri terhadap semua tindakan yang telah diberikan oleh Callistus Fernandez selama ini kepadanya.

Penelitian perkongsian Callistus Fernandez tentang perhubungan seks mereka pada hari pertama mereka berjumpa, apakah benar itu adalah atas dasar "kerelaan" atau sebenarnya ia merupakan hari dimana HJ "dirogol?" Namun, untuk mengatakan HJ dirogol, itu belum dapat dipastikan kerana laporan rasmi yang dilakukan oleh dirinya pada penghujung bulan Januari 2016 adalah "hampir dirogol".

Tidak dapat dinafikan terdapat banyak kesangsian yang wujud dalam perkongsian HJ namun jikalau melihat kepada perkongsian CF pula, ia langsung tidak mengambarkan kisah dunia realiti sebaliknya dapat dikatakan ia adalah satu cerita khayalan ataupun fantasi ataupun lebih tepat lagi satu penipuan cerita yang dihasilkan oleh seseorang individu yang mempunyai imiginasi tinggi. Kenyataan ini merujuk kepada Callistus Fernandez.

Callistus Fernandez merupakan seorang lelaki yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dalam bidang professionnya sekarang, dia merupakan seorang Juruperunding Politik bagi pihak kerajaan ataupun parti politik. Sememangnya seorang ahli politik adalah golongan orang yang mahir dalam membuat penafian dan mempunyai kepandaian yang tinggi untuk memutar-belitkan sesuatu perkara.

Ilmu politik juga boleh difahami sebagai satu seni untuk mempengaruhi orang ramai agar mempercayai kata-katanya melalui kehebatan berhujah dan menulis walaupun apa yang diperkatakan itu tidak benar sama sekali. Ilmu politik juga bertujuan untuk membawa orang ramai bagi membantu diri ahli politik untuk mencapai sesuatu objektif dalam sesuatu perkara yang dilakukan.

Apa yang telah dilakukan oleh Callistus Fernandez sangat jelas dapat dilihat melalui teknik ini. 

Perkongsian HJ tentang "Jus Oren" sebelum ini pada kenyataan rasminya yang lalu adalah merujuk kepada "Hari Pertama" (8 Ogos 2015) dirinya diterima bekerja oleh Callistus Fernandez untuk jawatan "Research Assistance (RA)" tetapi ia bertentangan sama sekali dengan dakwaan CF yang kononnya HJ menjadi "Personal Assistance (PA)"nya.

Sejauh manakah kebenaran dalam perkongsian cerita CF itu adalah "benar" hanya dapat disahkan oleh penjelasan HJ itu sendiri. Namun, nampaknya HJ memilih untuk tidak membuat penjelasan terbuka dan hanya akan melakukannya sewaktu berada di Makhamah.

Bilakah tarikh perbicaraan makhamah ini akan ditetapkan? Bersama-samalah kita menanti dengan penuh debaran.

0 comments:

Post a Comment