Saturday 9 April 2016

Ibu Harnefer: Callistus Fernandez Adalah Seorang Yang Licik

RANAU, 23 Mac 2016: Ibu Harnefer Johumin yang bernama Ratimah telah membuat penjelasan ringkas tentang gambar-gambar yang telah disebarkan oleh Callistus Fernandez di halaman media sosial Facebook miliknya.

Menurut penjelasan daripada kenyataannya, beliau tidak menafikan sememangnya Callistus Fernandez adalah seorang yang sangat licik yang berusaha untuk memerangkap anaknya. Lelaki ini juga telah berusaha untuk mengambil hatinya agar menerima dirinya (Callistus Fernandez) sebagai menantu tapi Harnefer telah menolak niat lelaki tersebut yang mengakibatkan lelaki ini merancang untuk menjatuhkannya.

Gambar konvokesyen yang menampakkan Harnefer bergambar dengan lelaki tersebut yang seolah-olah gembira sebenarnya sedang berada didalam ketakutan namun telah menyembunyikan kerana diugut oleh lelaki tersebut. Beliau yakin akan ketakutan yang dialami oleh Harnefer pada ketika itu kerana beliau juga ada bersama-sama dengannya pada waktu itu.

Ibu Harnefer menjelaskan bahawa beliau yakin terhadap apa yang diperkatakan oleh anaknya pada kenyataan-kenyataan yang lepas adalah benar tanpa sebarang rekaan kerana beliau sebagai ibu kepadanya lebih mengenali diri Harnefer berbanding orang lain kerana beliau telah mendidik dan menjaganya sejak lahir. Segala perlakuan dan sikapnya amat difahami.

Beliau mengakui bahawa sikap anaknya mulai berubah setelah bekerja dengan lelaki tersebut melalui tawaran bekerja pada bulan September 2015. Menurutnya juga, Callistus Fernandez berusaha untuk menjauhkan Harnefer daripadanya.

Ratimah ibu kepada Harnefer memohon maaf kepada orang ramai atas sebaran gambar-gambar tersebut yang telah dilakukan oleh lelaki durjana itu dan memohon agar tidak membantu kepada penyebaran gambar-gambar tersebut sebaliknya mematikannya dengan tidak menyebarkannya.

Sumber rujukan: Bobohizan Press

0 comments:

Post a Comment