Saturday 9 April 2016

Felsie Hampir Menjadi Mangsa Baru Callistus Fernandez Selepas Harnefer

KOTA KINABALU, 23 Mac 2016: Seorang gadis Sabahan nyaris-nyaris menjadi mangsa kepada Callistus Fernandez selepas Harnefer Johumin pada bulan Februari 2016.

Felsie Joy Pillin telah menghubungi Bobohizan Press untuk memberikan kebenaran kepada admin Bobohizan Press agar mendedahkan perbualan lelaki itu dengan dirinya yang berlaku pada penghujung bulan Januari dan awal bulan Februari 2016 setelah mendapati bahawa sejumlah bilangan rakyat Sabah menampakkan kesangsian terhadap penjelasan Harnefer Johumin berhubung dengan ancaman, ugutan serta penganiayaan yang telah dilakukan oleh lelaki itu terhadap diri Harnefer.

Bagi menyokong kenyataan Harnefer Johumin, Felsie telah membantu untuk menguatkan kenyataan Harnefer melalui perbualan-perbualan yang direkodkan didalam inbox Facebook dan Whatsapp bahawa apa yang diperkatakan oleh Harnefer itu adalah benar bahawa lelaki yang bernama Callistus Fernandez itu adalah seorang penjenayah yang berselindung disebalik akaun Harnefer yang telah dicerobohi sejak bulan Januari 2016.

Tindakan Felsie mendedahkan perbualan tersebut telah mengejutkan ramai pengguna halaman sosial Facebook kerana selama ini mereka telah berprasangka buruk terhadap Harnefer. Ternyata pendedahan itu telah menyakinkan mereka tentang wajah hodoh sebenar lelaki durjana itu yang berusaha untuk menyesatkan kewarasan akal fikiran orang ramai agar tidak mempercayai kenyataan yang dikeluarkan oleh Harnefer Johumin.

Keberanian Felsie bukan sahaja telah menjernihkan keadaan malah berjaya menghancurkan permainan psikologi yang digerakkan oleh Callistus Fernandez.

Peperangan psikologi jelas kelihatan sedang berlangsung diantara pasangan suami isteri ini dengan lelaki durjana itu.

Sebaran gambar-gambar yang menampakkan kemesraan Harnefer Johumin bersama dengan Callistus Fernandez dilakukan oleh Callistus sendiri melalui akaun-akaun palsu dengan harapan agar orang ramai akan menjadi sangsi terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Harnefer terhadap lelaki tersebut.

Namun, ternyata usaha tersebut telah menemui jalan buntu setelah mendapati teknik tersebut bukan sahaja gagal dilakukan malah membuatkan dirinya tersepit disebabkan oleh tindakan yang telah dilakukan itu ternyata telah memerangkap dirinya sendiri.

Pengguna-pengguna halaman sosial Facebook yang berbeza agama di Sabah telah mendoakan pasangan suami-isteri ini dengan sepenuh hati agar keadilan dan kemenangan diberikan kepada mereka dan penjenayah diberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

Hasil daripada sebaran informasi ini, tekanan secara langsung telah diberikan kepada pihak polis untuk menjalankan penyiasatan rapi dan membuat tangkapan sebaik sahaja maklumat lengkap diperolehi.

Pihak Bobohizan berkongsikan perbualan diantara Felsie dengan Callistus Fernandez sebagai rujukan umum.

Gambar perbualan dibawah ini dengan nama Harney JR Bond merupakan akaun Harnefer yang telah dicerobohi oleh Callistus Fernandez. Melalui akaun ini, Callistus Fernandez menyamar menjadi Harnefer untuk mencari mangsa baru.

1 2 3 4 5 6 7 8
Gambar dibawah ini pula merupakan perbualan susulan menggunakan nama "John" kononnya Harnefer telah mencadangkan nama mangsa kepadanya untuk dihubungi.
1 2 3 4

Sumber rujukan: Bobohizan Press

0 comments:

Post a Comment