Saturday 9 April 2016

Dimanakah Kategori Diri Anda Untuk Kes Harnefer dan Callistus?

Kes Harnefer Johumin yang telah hampir dirogol oleh Callistus Fernandez telah menjadi satu topik perbualan yang sangat hangat di media sosial terutama sekali di Page Facebook Bobohizan Press sejak ia disiarkan oleh Bobohizan Press pada bulan Februari 2016.

Setelah cerita Harnefer Johumin menjadi viral di media sosial Facebook, timbul pula sebuah cerita seorang gadis pedalaman yang telah menjadi mangsa rogol oleh Callistus Fernandez pada tahun 2014.

Pada bulan Mac 2016, Callistus Fernandez telah menggunakan beberapa akaun palsu untuk menyebarkan gambar-gambar separa bogel Harnefer. Selain itu, terdapat juga gambar-gambar yang menampakkan seolah-olah terdapat keintiman hubungan yang pernah wujud diantara mereka berdua (Harnefer dan Callistus).

Walau bagaimanapun, gambar-gambar tersebut telah mendapat penjelasan daripada Harnefer dan suaminya.

Selepas itu, melihat kepada reaksi pengguna-pengguna Facebook yang mengecam penyebaran gambar-gambar itu oleh akaun palsu milik Callistus Fernandez, dia akhirnya telah membuat sebuah akaun sebenar miliknya.

Dengan menggunakan akaun yang sebenar dengan nama Callistus Fernandez, lelaki ini telah menyebarkan gambar-gambar seksi milik Harnefer yang dipercayai telah diperolehi daripada telefon peribadi yang telah dirampasnya. Walau bagaimanapun, terdapat rekod perbualan whatsapp yang menjadi persoalan-persoalan netizen.

Callistus Fernandez telah mengkongsikan ceritanya tentang hubungan intim yang pernah wujud dengan Harnefer pada bulan-bulan lepas yang dipercayai diantara bulan November 2015 sehingga Disember 2015. Lelaki ini siap menghasilkan beberapa cerita yang dipenuhi dengan jalan yang romantis sehingga memukau semua pengguna-pengguna sosial Facebook.

Melalui pendedahan gambar-gambar yang menampakkan hubungan mereka yang intim dengan "snapshot" perbualan lucah yang wujud diantara mereka oleh Callistus Fernandez, netizen telah mengecam Harnefer Johumin kerana telah menipu, memperbodohkan serta memutarbelitkan ceritanya.

Ini kerana, menurut mereka yang berpihak kepada Callistus Fernandez, Harnefer Johumin adalah perempuan yang ingin mengambil kesempatan keatas diri Callistus sehingga mengugutnya dengan laporan polis. Selain itu, mereka juga telah melebelkan Harnefer sebagai seorang perempuan "murahan, gold digger, penipu, dan seorang yang gila seks". Komen-komen yang berupa negatif serta menunjukkan ketaksuban mereka terhadap Callistus telah memperlihatkan diri mereka seolah-olah telah terperdaya dengan jalan ceritanya sehingga melihat Callistus sebagai seorang mangsa yang teraniaya manakala Harnefer sebagai seorang pemangsa.

Kesan daripada kecaman yang berunsur negatif ini, Harnefer telah mendapat tekanan psikologi. Suami Harnefer memaklumkan di "wall Facebook" milik isterinya bahawa isterinya tidak mampu memberikan penjelasan terhadap dakwaan hubungan yang wujud diantara dia dengan lelaki itu pada waktu ini namun setelah isterinya sembuh, penjelasan akan diberikan bagi meleraikan segala kesangsian.

Pengguna-pengguna halaman sosial Facebook kini kelihatan kesiokan untuk mengikuti jalan cerita diantara Harnefer dan Callistus sehingga mereka menjadikan cerita ini sebagai sebuah perbualan gurauan dan hiburan bagi sindiran sesama mereka. Mereka mengkategorikan cerita ini sebagai drama Sinetron.

Melihat kepada respon pengguna-pengguna sosial Facebook Page di Bobohizan Press, jelas menampakkan terdapat tiga kategori kumpulan yang gemar memberikan pendapat, idea, komen mahupun kritikan. Ketegori itu adalah Pro Harnefer, Pro Callistus dan Pro Neutral.

Melihat kepada kategori komenter, sejumlah ramai lelaki dan perempuan memberikan sokongan kepada Callistus dan menyokongnya dengan mengatakan bahawa Callistus Fernandez adalah mangsa keadaan dan Harnefer cuba memerangkapnya. Walau bagaiamanapun, tidak kurang banyaknya juga mereka yang menyokong Harnefer dalam cerita ini. Menurut mereka yang Pro Harnefer, kebanyakan mereka yang Pro Callistus Fernandez telah terpukau dengan jalan cerita penceritaan yang penuh dengan romantis pada bulan-bulan yang lepas (tahun 2015), namun mereka terlepas pandang tentang isu sebenar yang diketengahkan oleh Harnefer iaitu "hampir dirogol."

Melalui perbincangan yang membina, mereka yang Pro Harnefer mengatakan bahawa pendedahan gambar-gambar separa bogel, gambar di Thailand serta perbualan-perbualan yang berunsur lucah yang mungkin wujud namun belum disahkan oleh Harnefer, yang telah disebarkan oleh Callistus Fernandez adalah tidak mempunyai kaitan dengan laporan polis yang dibuat oleh Harnefer.

Ini kerana menurut mereka, Harnefer membuat laporan Polis adalah kerana Callistus Fernandez telah mengancam diri, keluarga dan pasanganya. Selain itu, terdapat cubaan untuk merogolnya didalam kereta. Apa yang berlaku ialah fokus pengguna-pengguna Facebook yang mengikuti jalan cerita ini telah dilalaikan oleh kisah romantik diantara Callistus Fernandez dengan Harnefer. Apabila kes ini dibicarakan dimakhamah, adakah Callistus Fernandez akan menggunakan segala gambar-gambar dan perbualan lucah, gambar-gambar di Thailand untuk dijadikan bahan bukti untuk mempertahankan dirinya?

Selain itu juga, terdapat penjelasan yang jelas diberikan oleh komenter Pro Harnefer. Menurut mereka, jikalau benar hubungan itu wujud tetapi telah berakhir, adakah itu akan membolehkan si lelaki yang bernama Callistus Fernandez untuk "mengancam diri, keluarga dan pasangannya?" Dan yang lebih teruk lagi, adakah itu tiket hijau bagi Callistus Fernandez untuk "mahu merogol" Harnefer?

Penjelasan yang sama telah diberikan oleh Admin Bobohizan Press namun pengguna-pengguna sosial Facebook yang Pro Callistus telah mempertikaikan perkara itu dengan terus mengkongsikan gambar-gambar dan perbualan lucah diruangan komenter. Tidak kurang juga mereka yang terus mengutuk Harnefer dengan pelbagai cacian, tohmahan jahat yang mana kebanyakan mereka ini adalah terdiri daripada kaum perempuan.

Kutukan dan kritikan mereka jelas menampakkan bahawa mereka tidak mahu Harnefer meninggalkan Callistus dan tidak seharusnya membuat laporan polis. Selain itu juga, terdapat dikalangan mereka mahu isu ini diselesaikan diluar bagi menyahut seruan Callistus agar kes ini ditutup segera.

Melalui informasi terkini, Callistus telah ditahan reman selama 7 hari sejak hari selasa, 29 Mac 2016 sehingga 4 April 2016. Jikalau terdapat kekurangan bukti, kemungkinan tahanan reman akan dilanjutkan lagi. Tahanan reman ini adalah berkaitan dengan perbuatannya yang didakwa merogol seorang gadis pedalaman pada tahun 2014. Polis telah mengesahkan bahawa mangsa telah membuat laporan polis pada sekitar jam 7.51pm, 29 Februari 2016 dibalai Polis Penampang.

Menurut seorang komenter Pro Harnefer lagi, Harnefer sebenarnya belum mengesahkan yang hubungan diantaranya dengan lelaki itu wujud ataupun tidak walaupun Callistus Fernandez telah mengesahkannya. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan komenter yang Pro Callistus telah menuduh Harnefer telah menafikan hubungan itu yang jelas menampakkan diri mereka seolah-olah tahu cerita yang sebenar. Apa yang diberitahu oleh Harnefer dahulu melalui penjelasannya adalah memfokuskan kepada isu "hampir dirogol" dan "gambar separa bogel", tetapi tidak pernah ada kenyataan rasmi yang dibuat bagi penjelasan hubungan itu. Kenyataan itu hanya akan dibuat selepas Harnefer sembuh daripada tekanan psikologi yang dialaminya kesan daripada kritikan-kritikan negatif oleh komenter-komenter yang Pro Callistus Fernandez.

Sumber rujukan: Bobohizan Press

0 comments:

Post a Comment