Sunday 10 April 2016

"Karipap" Kunci Utama Laporan Polis Callistus Fernandez

KOTA KINABALU: Callistus Fernandez telah membuat laporan Polis berhubung dengan sebuah Page Facebook yang menggunakan namanya bagi menyebar informasi-informasi tentang diri dan keluarganya dari Cambodia.

Callistus Fernandez telah mendakwa Bobohizan Press telah menjadi dalang disebalik perbuatan tersebut. Selain itu juga, beliau telah menuduh Lourance sebagai individu disebalik Bobohizan Press.

Dalam laporan polis yang telah dibuat olehnya pada 10 April 2016, Harnefer telah dituduh menjadi suspek utama oleh Callistus Fernandez kerana melalui pos yang telah dikeluarkan oleh admin Page tersebut (kini telah dipadamkan oleh Facebook), sebutan kuih "karipap" telah menjadi kunci utama kepada dakwaannya dan telah dimasukkan didalam laporan polis.

Kini, pengguna-pengguna halaman sosial Facebook terhibur dengan penambahan nama "karipap" yang menjadi tren popular dalam mana-mana komen pada masa ini. Sebelum itu, "jus oren" dan "parti-parti kita" telah mendapat sambutan komenter-komenter Facebook yang begitu tegar mengikuti kisah perjalanan kes rogol yang membabitkan Callistus Fernandez, Harnefer dan gadis pedalaman.

Callistus Fernandez kini telah mendapat sokongan orang awam dan jumlah rakan Facebook beliau telah mencapai sebanyak 5000 rakan.

Dalam pos Callistus, dia telah bertegas untuk membuang dan memblok mana-mana individu yang mempersoalkan kes ini terhadap dirinya. Tindakan yang diambil adalah menuduh individu tersebut sebagai agen Bobohizan Press, anti Malaysia dan ahli SSKM.

Pos beliau terbaru telah menghina orang Dusun dan agama Kristian dengan menjadikan Harnefer sebagai model kepada penghinaanya. 

Wujud konflik dalaman dikalangan penyokong-penyokong Callistus Fernandez dan mereka kelihatan telah tersedar daripada pugaian fantasi cerita Callistus Fernandez. Ini kerana melalui pengakuan bekas-bekas penyokong tegar Callistus Fernandez, mereka mengaku bahawa sebenarnya cerita cf itu jauh daripada dunia realiti.

Callistus Fernandez juga berjanji kepada rakan-rakan Facebook setianya bahawa setelah kes ini menang di makhamah, dia akan mengadakan parti kemenangan dan memberikan Tshirt percuma dengan mesej pada baju "Mana sia tau... Sia mabuk minum jus oren".

0 comments:

Post a Comment