Thursday 14 April 2016

Adakah Callistus Fernandez Bercakap Benar? Atau Menipu?

Pada 9 April 2016, Callistus Fernandez (CF) telah mengemukakan satu tawaran perdamaian kepada Harnefer Johumin (HJ) dan Lourance (L) walau bagaimanapun, tawaran tersebut disertai dengan syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh sepasang suami isteri ini tanpa sebarang rundingan.

Walau bagaimanapun, tawaran tersebut bukan sahaja berakhir tanpa sebarang jawapan daripada pasangan suami isteri itu malah ia disertai dengan kekecewaan.

Apa yang menjadi persoalan disini ialah mengapa CF begitu berusaha mahu menyelesaikan isu ini diluar Makhamah melalui Pejabat Peguamnya? Mengapa dia berusaha mahu menunjukkan "bukti-bukti" tersebut sedangkan ia boleh dilakukan di dalam Makhamah? Dan mengapakah CF berusaha mahu membuat provokasi kepada HJ dan L agar menunjukkan bukti-bukti yang ada didalam simpanan mereka?

Selain itu, persoalan-persoalan seperti dibawah perlu ditimbulkan oleh rakyat Sabah iaitu:

Mengapakah rakyat Sabah perlu memberikan perhatian kepada kes ini? Apakah implikasinya dan kepentingan kepada rakyat Sabah sehingga rakyat Sabah perlu mengetahui cerita sebenar ini serta memahaminya?

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, semua pihak perlu memahami dengan fikiran yang terbuka dan menjawabnya melalui persoalan juga. Ia adalah seperti berikut:

Adakah terdapat usaha oleh CF untuk mengelakkan perkara ini daripada naik ke makhamah kerana dikhuatiri segala penceritaannya itu akan disahkan sebagai satu penipuan yang berat?

Adakah segala bahan-bahan yang disebarkan oleh CF itu boleh dikategorikan sebagai "bahan-bahan bukti"? Bukankah itu hanyalah satu perbualan peribadi yang berlaku pada bulan September 2015? Benarkah perbualan itu telah ditaip oleh HJ sendiri dengan perasaan cinta ataupun dilakukan kerana ugutan dan menaip mesej itu mengikut skrip yang telah disediakan oleh CF agar ia boleh menjadikan perbualan mesej itu sebagai bahan-bahan ugutan? Adakah provokasi CF keatas HJ dan L untuk menunjukkan bukti itu sebagai satu strategi bagi mengumpan mereka mendedahkannya agar CF boleh mengetahui kekuatan pihak lawannya supaya mampu untuk membuat persedian bagi menjawab segala dakwaan itu di Makhamah nanti?

Mengapa rakyat Sabah perlu memberikan perhatian serius kepada kes ini adalah kerana kes ini telah mengakibatkan masa depan beberapa mangsa dan keluarga terjejas. Mangsa-mangsa yang terjejas ini adalah terdiri daripada gadis-gadis muda dalam lingkungan umur sekitar 20an. Perbuatan CF ini bukan sesuatu yang boleh diselesaikan diluar makhamah kerana perbuatannya ini adalah dikategorikan sebagai satu perbuatan "Jenayah berat" yang boleh mengakibatkan penjara tidak kurang daripada 5 tahun dan sebatan tidak lebih daripada 10 kali.

Implikasi dan kepentingan kes ini kepada rakyat ialah jikalau CF menang dalam kes ini, ia akan menjadi satu malapetaka yang buruk kepada gadis-gadis Sabah kerana teknik ugutan yang digunapakainya itu akan menjadi satu cara ataupun kaedah untuk digunakan oleh mana-mana lelaki untuk merosakkan gadis-gadis Sabah atau dalam erti kata lain, statistik kes rogol akan meningkat dengan pengamalan teknik yang diaplikasikan oleh CF ini.

Jikalau CF kalah didalam makhamah, ini akan memberikan amaran kepada mana-mana lelaki agar tidak sesekali menggunakan teknik jahat, kotor seperti mana yang dilakukan oleh CF. Secara tidak langsung, ini akan memberi jaminan keselamatan dan hak gadis-gadis Sabah dilindungi. 

Isu ini sememangnya bukan sebuah isu remeh-temeh yang boleh dijadikan jenaka umum kerana ia merupakan satu kisah hidup sebenar seseorang dan dalam hal ini, ia merujuk kepada HJ. Walau bagaimanapun, CF telah berjaya menjadikan cerita HJ sebagai satu jenaka, penipuan dan fitnah dimata rakyat Sabah melalui perkongsian "perbualan seks yang diragui kebenarannya", gambar-gambar separuh bogel dan juga gambar-gambar di kebanyakan tempat. Satu perkara yang rakyat Sabah terlepas pandang ialah semua "perbualan seks" dan gambar-gambar itu berlaku pada sekitar bulan Ogos 2015 sehingga Disember 2015 sahaja. Dalam erti kata lain, tidak salah jikalau ia dikatakan hanya sebuah "kenangan ataupun memori silam" diantara CF dan HJ.

Laporan Polis pertama HJ merujuk kepada kejadian yang "baru-baru berlaku" pada penghujung bulan Januari 2016 setelah HJ "tidak lagi" bekerja atau bersama dengan CF. Kes HJ ini sebenarnya merupakan satu kes Jenayah berat yang melibatkan keselamatan diri, keluarga dan pasangannya. Ia bukan satu gurauan tetapi adalah nyata yang mana ugutan dan ancaman ini telah dilakukan oleh CF itu sendiri. Ia jelas tercatat didalam laporan polis awal HJ. Ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara HJ telah diganggu, diugut dan diancam oleh CF. Mereka semua ini bakal menjadi saksi kuat keatas pendakwaan terhadap CF.

CF telah memberikan kenyataan rasminya dan berserta dengan penjelasan di akaun Facebook peribadi setelah akaun-akaun palsunya itu tidak berjaya mencapai objektif untuk menyangkal kenyataan HJ. Namun penjelasan yang diberikan oleh CF itu langsung tidak menceritakan kebenaran sebaliknya adalah satu penipuan besar yang telah menyesatkan orang ramai. CF telah membuat laporan palsu dan 'mereka (membuat) cerita' untuk melindungi dirinya. Apa yang telah berlaku dan mengapa ia berlaku telah diceritakan oleh CF namun HJ belum lagi membuat pengesahan mahupun penafian tentang kesahihan cerita CF secara terbuka dan ini telah menyebabkan timbul bermacam-macam spekulasi dikalangan rakyat Sabah yang setia mengikuti cerita ini sehinggakan ada yang bergaduh sesama mereka. Tidak kurang juga ada yang tertekan dan pening kepala. Terdapat juga mereka yang seronok dengan penceritaan ini sehingga mengatakan bahawa cerita ini seperti sebuah telenovela dan sinetron.

Laporan HJ langsung tidak menyentuh tentang "hubungan lalu bersama-sama dengan CF" tetapi hanya memfokuskan kepada waktu kejadian dan apa yang telah berlaku dalam tempoh tersebut.

Demikian juga laporan polis pertama CF yang langsung tidak menyentuh tentang hubungan lalu tetapi didalam Facebook, ceritanya tidak memfokuskan tentang laporan polis pertama (CF mendakwa HJ mencuri Cincin, Telefon dan Data Sulit tetapi telah dinafikan oleh HJ di balai polis) sebaliknya berkongsikan "memori silam" yang menampakkan seolah-olah pernah wujud satu hubungan sebagai "kekasih". Walau bagaimanapun, itu hanya "satu perkongsian memori" yang sebenarnya tidak memberikan kesan kepada penyangkalan dakwaan HJ keatas CF. Namun, yang mendukacitakan ialah sejumlah ramai rakyat Sabah telah terpedaya dengan perkongsian "memori silam" CF dan melihatnya sebagai satu "bahan bukti". Perkara ini sebenarnya sangat dan sungguh melucukan apabila difikirkan tentang bagaimana mudahnya minda orang Sabah dimanipulasikan ataupun dipermainkan.

Walau bagaimanapun, HJ ada mengatakan bahawa "CF mahu menjalinkan hubungan dengannya namun dia enggan" yang mengakibatkan ancaman dan ugutan itu berlaku. Dalam kenyataannya ini juga, bolehlah dikatakan bahawa sebenarnya tiada hubungan yang istimewa yang jelas berlaku diantara mereka berdua sepertimana yang diakui oleh HJ didalam laporan pertamanya. Tetapi kenyataan inilah yang dilemahkan oleh CF melalui perkongsian "memori silamnya" itu.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa kes yang pernah wujud dibeberapa tempat yang mana si perempuan telah membuat penipuan dengan mendakwa dirinya telah dirogol bagi memastikan ia dikahwini oleh lelaki yang disukainya dan ada juga yang ingin mendapatkan duit lelaki.

Walau bagaimanapun, Kes HJ tidak tergolong dalam kategori "ingin dikahwini oleh lelaki yang diugut" ataupun "ingin mendapatkan duit".

Ini kerana HJ melalui laporan polis awalnya di balai polis Ranau jelas mengatakan bahawa tujuan beliau membuat laporan polis adalah kerana terdapat "gangguan psikologi dan ancaman seksual" yang telah dilakukan oleh "bekas majikannya" ini. Ancaman seksual yang dimaksudkan didalam laporan polis tersebut adalah merujuk kepada "cubaan bekas majikannya untuk merogol dirinya didalam kereta".

"Bekas Majikan" adalah terma kata yang digunakan oleh HJ bagi merujuk kepada diri CF. Dalam kenyataan ini, HJ langsung tidak menerangkan tentang hubungan antara dia dan majikannya. Kenyataan ini juga jelas tidak menampakkan sebarang penafian ataupun pengesahan tentang kewujudan "hubungan kekasih" seperti yang didakwa oleh CF.

Ia bakal dirungkai apabila HJ  bersedia untuk mendedahkannya nanti.

Sila minum jus oren, karipap dan popcorn untuk mengetahui perkembangan cerita ini nanti.


0 comments:

Post a Comment