Saturday 9 April 2016

Harnefer dan Gadis Mangsa Rogol Berganding Bahu Mendakwa Callistus Fernandez

KOTA KINABALU, 28 Februari 2016: Gadis Ranau yang bernama Harnefer Johumin yang hampir menjadi mangsa rogol oleh bekas majikannya yang bernama Callistus Fernandez telah menemui peguamnya pada hari ini yang terdiri daripada tiga orang.

Berdasarkan Informasi yang diperolehi daripada kenyataan rasminya didalam akaun Facebook milik beliau, gadis pedalaman yang telah menjadi mangsa rogol oleh lelaki ini pada tahun 2014 juga telah menampilkan diri didalam pertemuan tersebut.

Perkongsian cerita sebenar dilakukan oleh kedua-dua mangsa kepada peguam-peguam yang hadir dan disertakan dengan bukti-bukti bagi menyokong segala pendakwaan.

Menurut pandangan peguam-peguam setelah mendengar cerita sebenar daripada kedua-dua mangsa tersebut, mereka memberikan jawapan positif bahawa kes ini boleh dimenangi dimakhamah.

Harnefer dan gadis pedalaman yang tidak mahu identitinya didedahkan pada waktu ini telah bersetuju untuk berganding bahu bersama-sama bagi mendakwa lelaki ini mengikut lunas undang-undang di makhamah.

Harnefer juga telah diminta untuk membuat laporan tambahan kepada pihak polis bagi menguatkan pendakwaan kepada lelaki ini. Beliau akan ditemani oleh peguam bagi memberikan kenyataan manakala gadis pedalaman yang telah menjadi mangsa rogol kepada lelaki ini juga dijangka akan membuat laporan polis dengan ditemani oleh peguam dalam masa yang terdekat ini.

Ketiga-tiga peguam yang akan membantu mereka di makhamah ini telah meminta bantuan mereka berdua agar berusaha mencari dan menghubungi gadis-gadis Sabah yang telah hampir atau telah menjadi mangsa kepada lelaki ini agar segera menghubungi mereka supaya tindakan segera dan sewajarnya dapat diambil.

Difahamkan bahawa mangsa-mangsa kepada lelaki ini tidak perlu risau mengenai bayaran kos guaman kerana ia dilakukan secara sukarela. Selain itu juga, peguam-peguam ini ingin memberikan keadilan kepada golongan gadis Sabah yang dianiaya, diancam dan diugut.

Sumber rujukan: Bobohizan Press

0 comments:

Post a Comment