Saturday 9 April 2016

Gadis Mangsa Rogol 2014 Membuat Laporan Polis Terhadap Callistus Fernandez

KOTA KINABALU, 2 Mac 2016: Gadis Pedalaman yang telah menjadi mangsa rogol oleh Callistus Fernandez telah membuat laporan polis di Balai Polis Penampang pada 29 Februari 2016.

Mangsa yang ditemani oleh tiga orang peguam tiba di Balai Polis Penampang pada pukul 3.20pm telah membuat laporan polis berhubung dengan perbuatan jenayah yang telah dilakukan oleh lelaki tersebut keatas mangsa pada tahun 2014.

Kenyataan mangsa telah diambil pada pukul 3.30pm dan siap pada pukul 5.00pm. Kemudian, mangsa yang ditemani dengan tiga orang peguamnya diminta untuk datang semula pada pukul 7.00pm untuk memberikan keterangan kepada seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor yang bertugas dibawah Jabatan Siasatan Jenayah. Keterangan siap diambil pada sekitar pukul 11.30pm.

Gadis Pedalaman yang tidak mahu identitinya didedahkan kepada umum pada ketika ini telah memaklumkan kepada Bobohizan Press bahawa beliau telah dihubungi  oleh seorang Pegawai Polis yang berpangkat Inspektor dari Balai Polis Ranau yang bernama Inspektor Tan pada pukul 8.30am kelmarin (1 Mac 2016), telah memintanya untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.

Walau bagaimanapun, beliau telah memaklumkan kepada Pegawai Polis Inspektor tersebut untuk berurusan terus dengan Peguamnya bagi memudahkan penyiasatan. Gadis Pedalaman ini juga telah memaklumkan perkara ini kepada peguamnya.

Fail kes siasatan telah dibuka oleh pihak Polis bagi menyiasat perbuatan jenayah Callistus Fernandez. Untuk setakat ini, baru terdapat dua laporan rasmi polis telah dibuat keatas lelaki ini. Dijangka akan ada beberapa lagi laporan Polis bakal menyusul.

Sumber rujukan: Bobohizan Press

0 comments:

Post a Comment