Pada 9 April 2016, Callistus
Fernandez (CF) telah mengemukakan satu tawaran perdamaian kepada Harnefer
Johumin (HJ) dan Lourance (L) walau bagaimanapun, tawaran tersebut disertai
dengan syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh sepasang suami isteri ini tanpa
sebarang rundingan.
Walau bagaimanapun, tawaran
tersebut bukan sahaja berakhir tanpa sebarang jawapan daripada pasangan suami
isteri itu malah ia disertai dengan kekecewaan.
Apa yang menjadi persoalan disini
ialah mengapa CF begitu berusaha mahu menyelesaikan isu ini diluar Makhamah
melalui Pejabat Peguamnya? Mengapa dia berusaha mahu menunjukkan "bukti-bukti"
tersebut sedangkan ia boleh dilakukan di dalam Makhamah? Dan mengapakah CF
berusaha mahu membuat provokasi kepada HJ dan L agar menunjukkan bukti-bukti
yang ada didalam simpanan mereka?
Selain itu, persoalan-persoalan
seperti dibawah perlu ditimbulkan oleh rakyat Sabah iaitu:
Mengapakah rakyat Sabah perlu
memberikan perhatian kepada kes ini? Apakah implikasinya dan kepentingan kepada
rakyat Sabah sehingga rakyat Sabah perlu mengetahui cerita sebenar ini serta
memahaminya?
Untuk menjawab
persoalan-persoalan ini, semua pihak perlu memahami dengan fikiran yang terbuka
dan menjawabnya melalui persoalan juga. Ia adalah seperti berikut:
Adakah terdapat usaha oleh CF
untuk mengelakkan perkara ini daripada naik ke makhamah kerana dikhuatiri
segala penceritaannya itu akan disahkan sebagai satu penipuan yang berat?
Adakah segala bahan-bahan yang disebarkan
oleh CF itu boleh dikategorikan sebagai "bahan-bahan bukti"? Bukankah
itu hanyalah satu perbualan peribadi yang berlaku pada bulan September 2015? Benarkah
perbualan itu telah ditaip oleh HJ sendiri dengan perasaan cinta ataupun
dilakukan kerana ugutan dan menaip mesej itu mengikut skrip yang telah
disediakan oleh CF agar ia boleh menjadikan perbualan mesej itu sebagai
bahan-bahan ugutan? Adakah provokasi CF keatas HJ dan L untuk menunjukkan bukti
itu sebagai satu strategi bagi mengumpan mereka mendedahkannya agar CF boleh mengetahui
kekuatan pihak lawannya supaya mampu untuk membuat persedian bagi menjawab
segala dakwaan itu di Makhamah nanti?
Mengapa rakyat Sabah perlu
memberikan perhatian serius kepada kes ini adalah kerana kes ini telah
mengakibatkan masa depan beberapa mangsa dan keluarga terjejas. Mangsa-mangsa
yang terjejas ini adalah terdiri daripada gadis-gadis muda dalam lingkungan umur sekitar 20an. Perbuatan
CF ini bukan sesuatu yang boleh diselesaikan diluar makhamah kerana
perbuatannya ini adalah dikategorikan sebagai satu perbuatan "Jenayah
berat" yang boleh mengakibatkan penjara tidak kurang daripada 5 tahun dan sebatan tidak lebih daripada 10 kali.
Implikasi dan kepentingan kes ini
kepada rakyat ialah jikalau CF menang dalam kes ini, ia akan menjadi satu malapetaka
yang buruk kepada gadis-gadis Sabah kerana teknik ugutan yang digunapakainya
itu akan menjadi satu cara ataupun kaedah untuk digunakan oleh mana-mana lelaki
untuk merosakkan gadis-gadis Sabah atau dalam erti kata lain, statistik kes rogol
akan meningkat dengan pengamalan teknik yang diaplikasikan oleh CF ini.
Jikalau CF kalah didalam
makhamah, ini akan memberikan amaran kepada mana-mana lelaki agar tidak
sesekali menggunakan teknik jahat, kotor seperti mana yang dilakukan oleh CF.
Secara tidak langsung, ini akan memberi jaminan keselamatan dan hak gadis-gadis
Sabah dilindungi.
Isu ini sememangnya bukan sebuah
isu remeh-temeh yang boleh dijadikan jenaka umum kerana ia merupakan satu kisah
hidup sebenar seseorang dan dalam hal ini, ia merujuk kepada HJ. Walau
bagaimanapun, CF telah berjaya menjadikan cerita HJ sebagai satu jenaka,
penipuan dan fitnah dimata rakyat Sabah melalui perkongsian "perbualan
seks yang diragui kebenarannya", gambar-gambar separuh bogel dan juga
gambar-gambar di kebanyakan tempat. Satu perkara yang rakyat Sabah terlepas
pandang ialah semua "perbualan seks" dan gambar-gambar itu berlaku
pada sekitar bulan Ogos 2015 sehingga Disember 2015 sahaja. Dalam erti kata
lain, tidak salah jikalau ia dikatakan hanya sebuah "kenangan ataupun memori
silam" diantara CF dan HJ.
Laporan Polis pertama HJ merujuk
kepada kejadian yang "baru-baru berlaku" pada penghujung bulan
Januari 2016 setelah HJ "tidak lagi" bekerja atau bersama dengan CF. Kes
HJ ini sebenarnya merupakan satu kes Jenayah berat yang melibatkan keselamatan
diri, keluarga dan pasangannya. Ia bukan satu gurauan tetapi adalah nyata yang
mana ugutan dan ancaman ini telah dilakukan oleh CF itu sendiri. Ia jelas
tercatat didalam laporan polis awal HJ. Ahli keluarga, rakan-rakan dan
saudara-mara HJ telah diganggu, diugut dan diancam oleh CF. Mereka semua ini
bakal menjadi saksi kuat keatas pendakwaan terhadap CF.
CF telah memberikan kenyataan
rasminya dan berserta dengan penjelasan di akaun Facebook peribadi setelah
akaun-akaun palsunya itu tidak berjaya mencapai objektif untuk menyangkal
kenyataan HJ. Namun penjelasan yang diberikan oleh CF itu langsung tidak menceritakan
kebenaran sebaliknya adalah satu penipuan besar yang telah menyesatkan orang
ramai. CF telah membuat laporan palsu dan 'mereka (membuat) cerita' untuk
melindungi dirinya. Apa yang telah berlaku dan mengapa ia berlaku telah
diceritakan oleh CF namun HJ belum lagi membuat pengesahan mahupun penafian
tentang kesahihan cerita CF secara terbuka dan ini telah menyebabkan timbul
bermacam-macam spekulasi dikalangan rakyat Sabah yang setia mengikuti cerita
ini sehinggakan ada yang bergaduh sesama mereka. Tidak kurang juga ada yang
tertekan dan pening kepala. Terdapat juga mereka yang seronok dengan
penceritaan ini sehingga mengatakan bahawa cerita ini seperti sebuah telenovela
dan sinetron.
Laporan HJ langsung tidak
menyentuh tentang "hubungan lalu bersama-sama dengan CF" tetapi hanya
memfokuskan kepada waktu kejadian dan apa yang telah berlaku dalam tempoh
tersebut.
Demikian juga laporan polis
pertama CF yang langsung tidak menyentuh tentang hubungan lalu tetapi didalam
Facebook, ceritanya tidak memfokuskan tentang laporan polis pertama (CF
mendakwa HJ mencuri Cincin, Telefon dan Data Sulit tetapi telah dinafikan oleh
HJ di balai polis) sebaliknya berkongsikan "memori silam" yang
menampakkan seolah-olah pernah wujud satu hubungan sebagai "kekasih".
Walau bagaimanapun, itu hanya "satu perkongsian memori" yang
sebenarnya tidak memberikan kesan kepada penyangkalan dakwaan HJ keatas CF.
Namun, yang mendukacitakan ialah sejumlah ramai rakyat Sabah telah terpedaya
dengan perkongsian "memori silam" CF dan melihatnya sebagai satu
"bahan bukti". Perkara ini sebenarnya sangat dan sungguh melucukan apabila
difikirkan tentang bagaimana mudahnya minda orang Sabah dimanipulasikan ataupun dipermainkan.
Walau bagaimanapun, HJ ada
mengatakan bahawa "CF mahu menjalinkan hubungan dengannya namun dia
enggan" yang mengakibatkan ancaman dan ugutan itu berlaku. Dalam
kenyataannya ini juga, bolehlah dikatakan bahawa sebenarnya tiada hubungan yang
istimewa yang jelas berlaku diantara mereka berdua sepertimana yang diakui oleh HJ
didalam laporan pertamanya. Tetapi kenyataan inilah yang dilemahkan oleh CF
melalui perkongsian "memori silamnya" itu.
Tidak dapat dinafikan bahawa
terdapat beberapa kes yang pernah wujud dibeberapa tempat yang mana si perempuan
telah membuat penipuan dengan mendakwa dirinya telah dirogol bagi memastikan ia
dikahwini oleh lelaki yang disukainya dan ada juga yang ingin mendapatkan duit
lelaki.
Walau bagaimanapun, Kes HJ tidak
tergolong dalam kategori "ingin dikahwini oleh lelaki yang diugut"
ataupun "ingin mendapatkan duit".
Ini kerana HJ melalui laporan
polis awalnya di balai polis Ranau jelas mengatakan bahawa tujuan beliau membuat
laporan polis adalah kerana terdapat "gangguan psikologi dan ancaman
seksual" yang telah dilakukan oleh "bekas majikannya" ini.
Ancaman seksual yang dimaksudkan didalam laporan polis tersebut adalah merujuk
kepada "cubaan bekas majikannya untuk merogol dirinya didalam kereta".
"Bekas Majikan" adalah
terma kata yang digunakan oleh HJ bagi merujuk kepada diri CF. Dalam kenyataan
ini, HJ langsung tidak menerangkan tentang hubungan antara dia dan majikannya.
Kenyataan ini juga jelas tidak menampakkan sebarang penafian ataupun pengesahan
tentang kewujudan "hubungan kekasih" seperti yang didakwa oleh CF.
Ia bakal dirungkai apabila HJ bersedia untuk mendedahkannya nanti.
Sila minum jus oren, karipap dan popcorn untuk mengetahui perkembangan cerita ini nanti.
Nota Rujukan Umum Kes Harnefer dan Gadis Pedalaman yang dianiaya oleh Callistus Fernandez
- Gadis Ranau Hampir Menjadi Mangsa Rogol oleh Bekas Majikan
- Siapakah Callistus Fernandez yang hampir merogol gadis Ranau???
- “Callistus Fernandez” telah menghancurkan hidup saya
- Gadis Ranau membuat laporan Polis di Balai Polis Penampang terhadap cubaan merogol oleh bekas majikannya
- Harnefer dan Gadis Mangsa Rogol Berganding Bahu Mendakwa Callistus Fernandez
- Gadis Mangsa Rogol 2014 Membuat Laporan Polis Terhadap Callistus Fernandez
- Harnefer Mematahkan Serangan Psikologi Callistus Fernandez
- Saya Lebih Mempercayai Isteri Saya Berbanding Callistus Fernandez
- Suami Harnefer Menghancurkan Teknik Serangan Psikologi Callistus Fernandez
- Ibu Harnefer: Callistus Fernandez Adalah Seorang Yang Licik
- Felsie Hampir Menjadi Mangsa Baru Callistus Fernandez Selepas Harnefer
- Callistus Fernandez Vs. Harnefer Johumin - Opinion
- Dimanakah Kategori Diri Anda Untuk Kes Harnefer dan Callistus?
- Callistus Fernandez Juruperunding Politik Ditahan Reman 7 Hari Bagi Membantu Siasatan Atas Dakwaan Merogol
- "Karipap" Kunci Utama Laporan Polis Callistus Fernandez
- Sejauh Mana Kebenaran Cerita Callistus Fernandez Telah Menjadi Persoalan Umum.