Thursday 14 April 2016

Adakah Callistus Fernandez Bercakap Benar? Atau Menipu?

Pada 9 April 2016, Callistus Fernandez (CF) telah mengemukakan satu tawaran perdamaian kepada Harnefer Johumin (HJ) dan Lourance (L) walau bagaimanapun, tawaran tersebut disertai dengan syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh sepasang suami isteri ini tanpa sebarang rundingan.

Walau bagaimanapun, tawaran tersebut bukan sahaja berakhir tanpa sebarang jawapan daripada pasangan suami isteri itu malah ia disertai dengan kekecewaan.

Apa yang menjadi persoalan disini ialah mengapa CF begitu berusaha mahu menyelesaikan isu ini diluar Makhamah melalui Pejabat Peguamnya? Mengapa dia berusaha mahu menunjukkan "bukti-bukti" tersebut sedangkan ia boleh dilakukan di dalam Makhamah? Dan mengapakah CF berusaha mahu membuat provokasi kepada HJ dan L agar menunjukkan bukti-bukti yang ada didalam simpanan mereka?

Selain itu, persoalan-persoalan seperti dibawah perlu ditimbulkan oleh rakyat Sabah iaitu:

Mengapakah rakyat Sabah perlu memberikan perhatian kepada kes ini? Apakah implikasinya dan kepentingan kepada rakyat Sabah sehingga rakyat Sabah perlu mengetahui cerita sebenar ini serta memahaminya?

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, semua pihak perlu memahami dengan fikiran yang terbuka dan menjawabnya melalui persoalan juga. Ia adalah seperti berikut:

Adakah terdapat usaha oleh CF untuk mengelakkan perkara ini daripada naik ke makhamah kerana dikhuatiri segala penceritaannya itu akan disahkan sebagai satu penipuan yang berat?

Adakah segala bahan-bahan yang disebarkan oleh CF itu boleh dikategorikan sebagai "bahan-bahan bukti"? Bukankah itu hanyalah satu perbualan peribadi yang berlaku pada bulan September 2015? Benarkah perbualan itu telah ditaip oleh HJ sendiri dengan perasaan cinta ataupun dilakukan kerana ugutan dan menaip mesej itu mengikut skrip yang telah disediakan oleh CF agar ia boleh menjadikan perbualan mesej itu sebagai bahan-bahan ugutan? Adakah provokasi CF keatas HJ dan L untuk menunjukkan bukti itu sebagai satu strategi bagi mengumpan mereka mendedahkannya agar CF boleh mengetahui kekuatan pihak lawannya supaya mampu untuk membuat persedian bagi menjawab segala dakwaan itu di Makhamah nanti?

Mengapa rakyat Sabah perlu memberikan perhatian serius kepada kes ini adalah kerana kes ini telah mengakibatkan masa depan beberapa mangsa dan keluarga terjejas. Mangsa-mangsa yang terjejas ini adalah terdiri daripada gadis-gadis muda dalam lingkungan umur sekitar 20an. Perbuatan CF ini bukan sesuatu yang boleh diselesaikan diluar makhamah kerana perbuatannya ini adalah dikategorikan sebagai satu perbuatan "Jenayah berat" yang boleh mengakibatkan penjara tidak kurang daripada 5 tahun dan sebatan tidak lebih daripada 10 kali.

Implikasi dan kepentingan kes ini kepada rakyat ialah jikalau CF menang dalam kes ini, ia akan menjadi satu malapetaka yang buruk kepada gadis-gadis Sabah kerana teknik ugutan yang digunapakainya itu akan menjadi satu cara ataupun kaedah untuk digunakan oleh mana-mana lelaki untuk merosakkan gadis-gadis Sabah atau dalam erti kata lain, statistik kes rogol akan meningkat dengan pengamalan teknik yang diaplikasikan oleh CF ini.

Jikalau CF kalah didalam makhamah, ini akan memberikan amaran kepada mana-mana lelaki agar tidak sesekali menggunakan teknik jahat, kotor seperti mana yang dilakukan oleh CF. Secara tidak langsung, ini akan memberi jaminan keselamatan dan hak gadis-gadis Sabah dilindungi. 

Isu ini sememangnya bukan sebuah isu remeh-temeh yang boleh dijadikan jenaka umum kerana ia merupakan satu kisah hidup sebenar seseorang dan dalam hal ini, ia merujuk kepada HJ. Walau bagaimanapun, CF telah berjaya menjadikan cerita HJ sebagai satu jenaka, penipuan dan fitnah dimata rakyat Sabah melalui perkongsian "perbualan seks yang diragui kebenarannya", gambar-gambar separuh bogel dan juga gambar-gambar di kebanyakan tempat. Satu perkara yang rakyat Sabah terlepas pandang ialah semua "perbualan seks" dan gambar-gambar itu berlaku pada sekitar bulan Ogos 2015 sehingga Disember 2015 sahaja. Dalam erti kata lain, tidak salah jikalau ia dikatakan hanya sebuah "kenangan ataupun memori silam" diantara CF dan HJ.

Laporan Polis pertama HJ merujuk kepada kejadian yang "baru-baru berlaku" pada penghujung bulan Januari 2016 setelah HJ "tidak lagi" bekerja atau bersama dengan CF. Kes HJ ini sebenarnya merupakan satu kes Jenayah berat yang melibatkan keselamatan diri, keluarga dan pasangannya. Ia bukan satu gurauan tetapi adalah nyata yang mana ugutan dan ancaman ini telah dilakukan oleh CF itu sendiri. Ia jelas tercatat didalam laporan polis awal HJ. Ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara HJ telah diganggu, diugut dan diancam oleh CF. Mereka semua ini bakal menjadi saksi kuat keatas pendakwaan terhadap CF.

CF telah memberikan kenyataan rasminya dan berserta dengan penjelasan di akaun Facebook peribadi setelah akaun-akaun palsunya itu tidak berjaya mencapai objektif untuk menyangkal kenyataan HJ. Namun penjelasan yang diberikan oleh CF itu langsung tidak menceritakan kebenaran sebaliknya adalah satu penipuan besar yang telah menyesatkan orang ramai. CF telah membuat laporan palsu dan 'mereka (membuat) cerita' untuk melindungi dirinya. Apa yang telah berlaku dan mengapa ia berlaku telah diceritakan oleh CF namun HJ belum lagi membuat pengesahan mahupun penafian tentang kesahihan cerita CF secara terbuka dan ini telah menyebabkan timbul bermacam-macam spekulasi dikalangan rakyat Sabah yang setia mengikuti cerita ini sehinggakan ada yang bergaduh sesama mereka. Tidak kurang juga ada yang tertekan dan pening kepala. Terdapat juga mereka yang seronok dengan penceritaan ini sehingga mengatakan bahawa cerita ini seperti sebuah telenovela dan sinetron.

Laporan HJ langsung tidak menyentuh tentang "hubungan lalu bersama-sama dengan CF" tetapi hanya memfokuskan kepada waktu kejadian dan apa yang telah berlaku dalam tempoh tersebut.

Demikian juga laporan polis pertama CF yang langsung tidak menyentuh tentang hubungan lalu tetapi didalam Facebook, ceritanya tidak memfokuskan tentang laporan polis pertama (CF mendakwa HJ mencuri Cincin, Telefon dan Data Sulit tetapi telah dinafikan oleh HJ di balai polis) sebaliknya berkongsikan "memori silam" yang menampakkan seolah-olah pernah wujud satu hubungan sebagai "kekasih". Walau bagaimanapun, itu hanya "satu perkongsian memori" yang sebenarnya tidak memberikan kesan kepada penyangkalan dakwaan HJ keatas CF. Namun, yang mendukacitakan ialah sejumlah ramai rakyat Sabah telah terpedaya dengan perkongsian "memori silam" CF dan melihatnya sebagai satu "bahan bukti". Perkara ini sebenarnya sangat dan sungguh melucukan apabila difikirkan tentang bagaimana mudahnya minda orang Sabah dimanipulasikan ataupun dipermainkan.

Walau bagaimanapun, HJ ada mengatakan bahawa "CF mahu menjalinkan hubungan dengannya namun dia enggan" yang mengakibatkan ancaman dan ugutan itu berlaku. Dalam kenyataannya ini juga, bolehlah dikatakan bahawa sebenarnya tiada hubungan yang istimewa yang jelas berlaku diantara mereka berdua sepertimana yang diakui oleh HJ didalam laporan pertamanya. Tetapi kenyataan inilah yang dilemahkan oleh CF melalui perkongsian "memori silamnya" itu.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa kes yang pernah wujud dibeberapa tempat yang mana si perempuan telah membuat penipuan dengan mendakwa dirinya telah dirogol bagi memastikan ia dikahwini oleh lelaki yang disukainya dan ada juga yang ingin mendapatkan duit lelaki.

Walau bagaimanapun, Kes HJ tidak tergolong dalam kategori "ingin dikahwini oleh lelaki yang diugut" ataupun "ingin mendapatkan duit".

Ini kerana HJ melalui laporan polis awalnya di balai polis Ranau jelas mengatakan bahawa tujuan beliau membuat laporan polis adalah kerana terdapat "gangguan psikologi dan ancaman seksual" yang telah dilakukan oleh "bekas majikannya" ini. Ancaman seksual yang dimaksudkan didalam laporan polis tersebut adalah merujuk kepada "cubaan bekas majikannya untuk merogol dirinya didalam kereta".

"Bekas Majikan" adalah terma kata yang digunakan oleh HJ bagi merujuk kepada diri CF. Dalam kenyataan ini, HJ langsung tidak menerangkan tentang hubungan antara dia dan majikannya. Kenyataan ini juga jelas tidak menampakkan sebarang penafian ataupun pengesahan tentang kewujudan "hubungan kekasih" seperti yang didakwa oleh CF.

Ia bakal dirungkai apabila HJ  bersedia untuk mendedahkannya nanti.

Sila minum jus oren, karipap dan popcorn untuk mengetahui perkembangan cerita ini nanti.


Sunday 10 April 2016

Sejauh Mana Kebenaran Cerita Callistus Fernandez Telah Menjadi Persoalan Umum.

Sejauh manakah Callistus Fernandez (CF) mampu meneruskan lakonan drama ini dihadapan rakyat Sabah yang telah dihanyutkan dengan kisah perbualan seks dengan gambar-gambar percutian itu?

Apakah benar perbualan itu dilakukan diantara dua individu yang sedang bercinta? Atau ia hanya dilakukan oleh seseorang individu yang menggunakan dua simcard yang berbeza?

Atau mungkin perbualan itu sememangnya dilakukan oleh dua individu tetapi salah seorang individu tersebut telah diancam dan diugut malah dipaksa untuk melakonkan perbualan seks itu menggunakan gaya bahasa mesra dan cara Sabahan agar melalui perbualan seks itu ia akan mampu menyakinkan orang ramai tentang keintiman hubungan yang konon "wujud" diantara dua individu ini?

Bukankah CF sudah mempunyai keluarga di Cambodia dengan seorang anak lelaki yang masih lagi kecil? Adakah terdapat kecurangan hubungan yang berlaku sewaktu dirinya berada berjauhan daripada isteri sehingga menjadikan gadis-gadis Sabah sebagai alat-alat pelampias nafsu seks secara paksa yang dikategorikan sebagai "Rogol"? CF patut tahu bahawa "rogol" itu adalah satu perbuatan Jenayah berat yang boleh mengakibatkan penjara tidak kurang daripada 5 tahun dan sebatan tidak lebih daripada 10 kali.

Melihat kepada semua pendedahan Callistus Fernandez, ia telah menampakkan seolah-olah terdapat persedian yang "rapi" telah dilakukan pada peringkat awal sekiranya terdapat usaha individu itu untuk mahu melepaskan diri daripada cengkaman ugutan dan ancamannya.

Dengan merujuk kepada kes HJ, ia bertepatan dengan keberangkalian tersebut atau dalam erti kata lain, ia mengena dengan teori yang diketengahkan dalam persoalan diatas dan ini memberi gambaran yang jelas bahawa terdapat unsur ugutan yang telah mampu menundukkannya untuk satu tempoh masa yang agak panjang. Namun disebabkan ugutan tersebut kerap digunakan, ia telah membuatkan HJ mampu mewujudkan imunisasi diri terhadap semua tindakan yang telah diberikan oleh Callistus Fernandez selama ini kepadanya.

Penelitian perkongsian Callistus Fernandez tentang perhubungan seks mereka pada hari pertama mereka berjumpa, apakah benar itu adalah atas dasar "kerelaan" atau sebenarnya ia merupakan hari dimana HJ "dirogol?" Namun, untuk mengatakan HJ dirogol, itu belum dapat dipastikan kerana laporan rasmi yang dilakukan oleh dirinya pada penghujung bulan Januari 2016 adalah "hampir dirogol".

Tidak dapat dinafikan terdapat banyak kesangsian yang wujud dalam perkongsian HJ namun jikalau melihat kepada perkongsian CF pula, ia langsung tidak mengambarkan kisah dunia realiti sebaliknya dapat dikatakan ia adalah satu cerita khayalan ataupun fantasi ataupun lebih tepat lagi satu penipuan cerita yang dihasilkan oleh seseorang individu yang mempunyai imiginasi tinggi. Kenyataan ini merujuk kepada Callistus Fernandez.

Callistus Fernandez merupakan seorang lelaki yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dalam bidang professionnya sekarang, dia merupakan seorang Juruperunding Politik bagi pihak kerajaan ataupun parti politik. Sememangnya seorang ahli politik adalah golongan orang yang mahir dalam membuat penafian dan mempunyai kepandaian yang tinggi untuk memutar-belitkan sesuatu perkara.

Ilmu politik juga boleh difahami sebagai satu seni untuk mempengaruhi orang ramai agar mempercayai kata-katanya melalui kehebatan berhujah dan menulis walaupun apa yang diperkatakan itu tidak benar sama sekali. Ilmu politik juga bertujuan untuk membawa orang ramai bagi membantu diri ahli politik untuk mencapai sesuatu objektif dalam sesuatu perkara yang dilakukan.

Apa yang telah dilakukan oleh Callistus Fernandez sangat jelas dapat dilihat melalui teknik ini. 

Perkongsian HJ tentang "Jus Oren" sebelum ini pada kenyataan rasminya yang lalu adalah merujuk kepada "Hari Pertama" (8 Ogos 2015) dirinya diterima bekerja oleh Callistus Fernandez untuk jawatan "Research Assistance (RA)" tetapi ia bertentangan sama sekali dengan dakwaan CF yang kononnya HJ menjadi "Personal Assistance (PA)"nya.

Sejauh manakah kebenaran dalam perkongsian cerita CF itu adalah "benar" hanya dapat disahkan oleh penjelasan HJ itu sendiri. Namun, nampaknya HJ memilih untuk tidak membuat penjelasan terbuka dan hanya akan melakukannya sewaktu berada di Makhamah.

Bilakah tarikh perbicaraan makhamah ini akan ditetapkan? Bersama-samalah kita menanti dengan penuh debaran.

"Karipap" Kunci Utama Laporan Polis Callistus Fernandez

KOTA KINABALU: Callistus Fernandez telah membuat laporan Polis berhubung dengan sebuah Page Facebook yang menggunakan namanya bagi menyebar informasi-informasi tentang diri dan keluarganya dari Cambodia.

Callistus Fernandez telah mendakwa Bobohizan Press telah menjadi dalang disebalik perbuatan tersebut. Selain itu juga, beliau telah menuduh Lourance sebagai individu disebalik Bobohizan Press.

Dalam laporan polis yang telah dibuat olehnya pada 10 April 2016, Harnefer telah dituduh menjadi suspek utama oleh Callistus Fernandez kerana melalui pos yang telah dikeluarkan oleh admin Page tersebut (kini telah dipadamkan oleh Facebook), sebutan kuih "karipap" telah menjadi kunci utama kepada dakwaannya dan telah dimasukkan didalam laporan polis.

Kini, pengguna-pengguna halaman sosial Facebook terhibur dengan penambahan nama "karipap" yang menjadi tren popular dalam mana-mana komen pada masa ini. Sebelum itu, "jus oren" dan "parti-parti kita" telah mendapat sambutan komenter-komenter Facebook yang begitu tegar mengikuti kisah perjalanan kes rogol yang membabitkan Callistus Fernandez, Harnefer dan gadis pedalaman.

Callistus Fernandez kini telah mendapat sokongan orang awam dan jumlah rakan Facebook beliau telah mencapai sebanyak 5000 rakan.

Dalam pos Callistus, dia telah bertegas untuk membuang dan memblok mana-mana individu yang mempersoalkan kes ini terhadap dirinya. Tindakan yang diambil adalah menuduh individu tersebut sebagai agen Bobohizan Press, anti Malaysia dan ahli SSKM.

Pos beliau terbaru telah menghina orang Dusun dan agama Kristian dengan menjadikan Harnefer sebagai model kepada penghinaanya. 

Wujud konflik dalaman dikalangan penyokong-penyokong Callistus Fernandez dan mereka kelihatan telah tersedar daripada pugaian fantasi cerita Callistus Fernandez. Ini kerana melalui pengakuan bekas-bekas penyokong tegar Callistus Fernandez, mereka mengaku bahawa sebenarnya cerita cf itu jauh daripada dunia realiti.

Callistus Fernandez juga berjanji kepada rakan-rakan Facebook setianya bahawa setelah kes ini menang di makhamah, dia akan mengadakan parti kemenangan dan memberikan Tshirt percuma dengan mesej pada baju "Mana sia tau... Sia mabuk minum jus oren".

Saturday 9 April 2016

Callistus Fernandez Juruperunding Politik Ditahan Reman 7 Hari Bagi Membantu Siasatan Atas Dakwaan Merogol

KOTA KINABALU, 2 April 2016: Seorang Juruperunding Politik telah ditahan reman selama 7 hari oleh polis dari Ibu Pejabat Daerah Penampang berikutan atas dakwaan melakukan jenayah merogol keatas seorang gadis tempatan pada tahun 2014.

Permohonan Pegawai Penyiasat, Inspektor Tan Chia Kang untuk mereman Juruperunding Politik ini telah diluluskan oleh Pendaftar Makhamah, Danny Buaya di Makhamah Majistret daerah Ranau bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Lelaki berumur 48 tahun ini telah ditahan di balai polis Penampang sekitar jam 3.50pm pada 28 Mac 2016.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi telah mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita sekitar jam 7.51pm, pada 29 Februari 2016 di balai polis Penampang bersama dengan peguamnya.



Dimanakah Kategori Diri Anda Untuk Kes Harnefer dan Callistus?

Kes Harnefer Johumin yang telah hampir dirogol oleh Callistus Fernandez telah menjadi satu topik perbualan yang sangat hangat di media sosial terutama sekali di Page Facebook Bobohizan Press sejak ia disiarkan oleh Bobohizan Press pada bulan Februari 2016.

Setelah cerita Harnefer Johumin menjadi viral di media sosial Facebook, timbul pula sebuah cerita seorang gadis pedalaman yang telah menjadi mangsa rogol oleh Callistus Fernandez pada tahun 2014.

Pada bulan Mac 2016, Callistus Fernandez telah menggunakan beberapa akaun palsu untuk menyebarkan gambar-gambar separa bogel Harnefer. Selain itu, terdapat juga gambar-gambar yang menampakkan seolah-olah terdapat keintiman hubungan yang pernah wujud diantara mereka berdua (Harnefer dan Callistus).

Walau bagaimanapun, gambar-gambar tersebut telah mendapat penjelasan daripada Harnefer dan suaminya.

Selepas itu, melihat kepada reaksi pengguna-pengguna Facebook yang mengecam penyebaran gambar-gambar itu oleh akaun palsu milik Callistus Fernandez, dia akhirnya telah membuat sebuah akaun sebenar miliknya.

Dengan menggunakan akaun yang sebenar dengan nama Callistus Fernandez, lelaki ini telah menyebarkan gambar-gambar seksi milik Harnefer yang dipercayai telah diperolehi daripada telefon peribadi yang telah dirampasnya. Walau bagaimanapun, terdapat rekod perbualan whatsapp yang menjadi persoalan-persoalan netizen.

Callistus Fernandez telah mengkongsikan ceritanya tentang hubungan intim yang pernah wujud dengan Harnefer pada bulan-bulan lepas yang dipercayai diantara bulan November 2015 sehingga Disember 2015. Lelaki ini siap menghasilkan beberapa cerita yang dipenuhi dengan jalan yang romantis sehingga memukau semua pengguna-pengguna sosial Facebook.

Melalui pendedahan gambar-gambar yang menampakkan hubungan mereka yang intim dengan "snapshot" perbualan lucah yang wujud diantara mereka oleh Callistus Fernandez, netizen telah mengecam Harnefer Johumin kerana telah menipu, memperbodohkan serta memutarbelitkan ceritanya.

Ini kerana, menurut mereka yang berpihak kepada Callistus Fernandez, Harnefer Johumin adalah perempuan yang ingin mengambil kesempatan keatas diri Callistus sehingga mengugutnya dengan laporan polis. Selain itu, mereka juga telah melebelkan Harnefer sebagai seorang perempuan "murahan, gold digger, penipu, dan seorang yang gila seks". Komen-komen yang berupa negatif serta menunjukkan ketaksuban mereka terhadap Callistus telah memperlihatkan diri mereka seolah-olah telah terperdaya dengan jalan ceritanya sehingga melihat Callistus sebagai seorang mangsa yang teraniaya manakala Harnefer sebagai seorang pemangsa.

Kesan daripada kecaman yang berunsur negatif ini, Harnefer telah mendapat tekanan psikologi. Suami Harnefer memaklumkan di "wall Facebook" milik isterinya bahawa isterinya tidak mampu memberikan penjelasan terhadap dakwaan hubungan yang wujud diantara dia dengan lelaki itu pada waktu ini namun setelah isterinya sembuh, penjelasan akan diberikan bagi meleraikan segala kesangsian.

Pengguna-pengguna halaman sosial Facebook kini kelihatan kesiokan untuk mengikuti jalan cerita diantara Harnefer dan Callistus sehingga mereka menjadikan cerita ini sebagai sebuah perbualan gurauan dan hiburan bagi sindiran sesama mereka. Mereka mengkategorikan cerita ini sebagai drama Sinetron.

Melihat kepada respon pengguna-pengguna sosial Facebook Page di Bobohizan Press, jelas menampakkan terdapat tiga kategori kumpulan yang gemar memberikan pendapat, idea, komen mahupun kritikan. Ketegori itu adalah Pro Harnefer, Pro Callistus dan Pro Neutral.

Melihat kepada kategori komenter, sejumlah ramai lelaki dan perempuan memberikan sokongan kepada Callistus dan menyokongnya dengan mengatakan bahawa Callistus Fernandez adalah mangsa keadaan dan Harnefer cuba memerangkapnya. Walau bagaiamanapun, tidak kurang banyaknya juga mereka yang menyokong Harnefer dalam cerita ini. Menurut mereka yang Pro Harnefer, kebanyakan mereka yang Pro Callistus Fernandez telah terpukau dengan jalan cerita penceritaan yang penuh dengan romantis pada bulan-bulan yang lepas (tahun 2015), namun mereka terlepas pandang tentang isu sebenar yang diketengahkan oleh Harnefer iaitu "hampir dirogol."

Melalui perbincangan yang membina, mereka yang Pro Harnefer mengatakan bahawa pendedahan gambar-gambar separa bogel, gambar di Thailand serta perbualan-perbualan yang berunsur lucah yang mungkin wujud namun belum disahkan oleh Harnefer, yang telah disebarkan oleh Callistus Fernandez adalah tidak mempunyai kaitan dengan laporan polis yang dibuat oleh Harnefer.

Ini kerana menurut mereka, Harnefer membuat laporan Polis adalah kerana Callistus Fernandez telah mengancam diri, keluarga dan pasanganya. Selain itu, terdapat cubaan untuk merogolnya didalam kereta. Apa yang berlaku ialah fokus pengguna-pengguna Facebook yang mengikuti jalan cerita ini telah dilalaikan oleh kisah romantik diantara Callistus Fernandez dengan Harnefer. Apabila kes ini dibicarakan dimakhamah, adakah Callistus Fernandez akan menggunakan segala gambar-gambar dan perbualan lucah, gambar-gambar di Thailand untuk dijadikan bahan bukti untuk mempertahankan dirinya?

Selain itu juga, terdapat penjelasan yang jelas diberikan oleh komenter Pro Harnefer. Menurut mereka, jikalau benar hubungan itu wujud tetapi telah berakhir, adakah itu akan membolehkan si lelaki yang bernama Callistus Fernandez untuk "mengancam diri, keluarga dan pasangannya?" Dan yang lebih teruk lagi, adakah itu tiket hijau bagi Callistus Fernandez untuk "mahu merogol" Harnefer?

Penjelasan yang sama telah diberikan oleh Admin Bobohizan Press namun pengguna-pengguna sosial Facebook yang Pro Callistus telah mempertikaikan perkara itu dengan terus mengkongsikan gambar-gambar dan perbualan lucah diruangan komenter. Tidak kurang juga mereka yang terus mengutuk Harnefer dengan pelbagai cacian, tohmahan jahat yang mana kebanyakan mereka ini adalah terdiri daripada kaum perempuan.

Kutukan dan kritikan mereka jelas menampakkan bahawa mereka tidak mahu Harnefer meninggalkan Callistus dan tidak seharusnya membuat laporan polis. Selain itu juga, terdapat dikalangan mereka mahu isu ini diselesaikan diluar bagi menyahut seruan Callistus agar kes ini ditutup segera.

Melalui informasi terkini, Callistus telah ditahan reman selama 7 hari sejak hari selasa, 29 Mac 2016 sehingga 4 April 2016. Jikalau terdapat kekurangan bukti, kemungkinan tahanan reman akan dilanjutkan lagi. Tahanan reman ini adalah berkaitan dengan perbuatannya yang didakwa merogol seorang gadis pedalaman pada tahun 2014. Polis telah mengesahkan bahawa mangsa telah membuat laporan polis pada sekitar jam 7.51pm, 29 Februari 2016 dibalai Polis Penampang.

Menurut seorang komenter Pro Harnefer lagi, Harnefer sebenarnya belum mengesahkan yang hubungan diantaranya dengan lelaki itu wujud ataupun tidak walaupun Callistus Fernandez telah mengesahkannya. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakan komenter yang Pro Callistus telah menuduh Harnefer telah menafikan hubungan itu yang jelas menampakkan diri mereka seolah-olah tahu cerita yang sebenar. Apa yang diberitahu oleh Harnefer dahulu melalui penjelasannya adalah memfokuskan kepada isu "hampir dirogol" dan "gambar separa bogel", tetapi tidak pernah ada kenyataan rasmi yang dibuat bagi penjelasan hubungan itu. Kenyataan itu hanya akan dibuat selepas Harnefer sembuh daripada tekanan psikologi yang dialaminya kesan daripada kritikan-kritikan negatif oleh komenter-komenter yang Pro Callistus Fernandez.

Sumber rujukan: Bobohizan Press

Callistus Fernandez Vs. Harnefer Johumin - Opinion

Background
1. Callistus Fernandez has recently emerged to the public sphere and has since shared his part of the story - which we welcome with equal dose of scrutiny and caution.

2. So far, if we can recap, the story started in early February when Harnefer Johumin claimed that: (1) Her facebook account was hijacked by her former employer and unscrupulously used on her behalf; (2) Attempted rape by her former employer; and (3) Subsequent ad-nauseam blackmailing to silent her and her family.

3. The stories previously presented here were based on the write-up on her Facebook account, her close contact with Bobohizan Press and with due diligence and scrutiny, have been highly corroborated with other reliable sources that we have acquired.

4. Subsequent to that, a mutual police report was lodged on the 10th of February in Penampang. Ms. Johumin primarily lodged the rape attempt by her former employer; while Mr. Fernandez reported misappropriation of company's property and a breach in contractual obligation pertaining to the firm's confidential information - the detail of which is still unknown. Both parties denied allegations made against them.

5. The news made some headlines not only in Bobohizan Press but also in various social media including the regional newspaper as reported by the Borneo Post. The netizens are understandably furious and rife with wild remarks - profanities, threats, racism etc - which are inherent to social media but nonetheless has never been the motive behind the honest report presented herein.

Development
6. While the investigation is still progressing and when law seems to take its course, all hell broke lose when netizens were shoveled with a series of semi-naked, private and inappropriate pictures of Ms. Johumin.

7. This is believed to be purported by none other than Mr. Fernandez himself, using a fake account by the name of Genevie Mojilip. The real owner of the said Facebook account has declared that she had nothing to do with such a heinous act. She made a strong remark thus: "I myself will never to do such an idiot thing. Callistus Fernandez you are so pathetic" [sic].

8. The twist didn't end there. Following the release of such pictures, Mr. Fernandez has now produced pictures, poems and even a video of Ms. Johumin prior to their fallout. Although this has casted some doubts to the netizens, this in my opinion has very little to do with the main issue.

Dissection of case
9. It is highly probable that Ms. Johumin was once a close associate to Mr. Fernandez and possibly had spent a considerable time together. They could be mutually-consenting lovers prior to the fallout. This is their personal private life and therefore is not relevant to the case at hand.

10. What happened next is the crux of this case. It seems that their relationship, both at a personal and professional levels, have gone awry and subsequently ended. This being the case, Ms. Johumin wanted to resign and end their relationship.

11. Based on Mr. Fernandez's FB post, he has been showering Ms. Johumin with financial support, holidays, gifts etc only to find out that she is going to get married with another man - in effect ditching and betraying his love. I am taking a huge leap of faith saying this: even if this is true that Ms. Johumin may have been playing games in this relationship or as some folks call "gold-digging" - this still doesn't justify the attempted rape, supposing that the claim is true.

12. It is hard to evaluate this case objectively without prejudice, and I would be most jubilant to see this case conclusively dissected out in the court of law. My gut-feeling tells me that the gamut of this issue may have ran deeper than we thought and the truth may be known only to the two of them.

13. Putting aside the major allegations made by either side, what we know thus far is that Mr. Fernandez have been using other people's FB account to disseminate inappropriate pictures of Ms. Johumin. Although he denies this in his FB post, we know only him (and Ms. Johumin) possesses such pictures - this should tell us something about the man.

SSKM as Terrorists
14. Another point of contention here is the impetuous claim made by Mr. Fernandez implicating Bobohizan Press to be the mouthpiece of SSKM and therefore, in extension, a "terrorist organisation possessing bigger threat than ISIS".

15. The allegation is outlandish at best, and perhaps Mr. Fernandez would care to share with us his definitions of "terrorism" and of "terrorist". He went on further by saying that his organisation (including him) will offer "a reward to turn in the other traitors". This I find quite amusing and oxymoronic on his part.

16. It reminds me of a Japanese proverbs - "Even a cornered rat will bite the cat". Sir, we are not the cat, you are.
- Bobohizan.

Sumber rujukan: Bobohizan Press

Felsie Hampir Menjadi Mangsa Baru Callistus Fernandez Selepas Harnefer

KOTA KINABALU, 23 Mac 2016: Seorang gadis Sabahan nyaris-nyaris menjadi mangsa kepada Callistus Fernandez selepas Harnefer Johumin pada bulan Februari 2016.

Felsie Joy Pillin telah menghubungi Bobohizan Press untuk memberikan kebenaran kepada admin Bobohizan Press agar mendedahkan perbualan lelaki itu dengan dirinya yang berlaku pada penghujung bulan Januari dan awal bulan Februari 2016 setelah mendapati bahawa sejumlah bilangan rakyat Sabah menampakkan kesangsian terhadap penjelasan Harnefer Johumin berhubung dengan ancaman, ugutan serta penganiayaan yang telah dilakukan oleh lelaki itu terhadap diri Harnefer.

Bagi menyokong kenyataan Harnefer Johumin, Felsie telah membantu untuk menguatkan kenyataan Harnefer melalui perbualan-perbualan yang direkodkan didalam inbox Facebook dan Whatsapp bahawa apa yang diperkatakan oleh Harnefer itu adalah benar bahawa lelaki yang bernama Callistus Fernandez itu adalah seorang penjenayah yang berselindung disebalik akaun Harnefer yang telah dicerobohi sejak bulan Januari 2016.

Tindakan Felsie mendedahkan perbualan tersebut telah mengejutkan ramai pengguna halaman sosial Facebook kerana selama ini mereka telah berprasangka buruk terhadap Harnefer. Ternyata pendedahan itu telah menyakinkan mereka tentang wajah hodoh sebenar lelaki durjana itu yang berusaha untuk menyesatkan kewarasan akal fikiran orang ramai agar tidak mempercayai kenyataan yang dikeluarkan oleh Harnefer Johumin.

Keberanian Felsie bukan sahaja telah menjernihkan keadaan malah berjaya menghancurkan permainan psikologi yang digerakkan oleh Callistus Fernandez.

Peperangan psikologi jelas kelihatan sedang berlangsung diantara pasangan suami isteri ini dengan lelaki durjana itu.

Sebaran gambar-gambar yang menampakkan kemesraan Harnefer Johumin bersama dengan Callistus Fernandez dilakukan oleh Callistus sendiri melalui akaun-akaun palsu dengan harapan agar orang ramai akan menjadi sangsi terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Harnefer terhadap lelaki tersebut.

Namun, ternyata usaha tersebut telah menemui jalan buntu setelah mendapati teknik tersebut bukan sahaja gagal dilakukan malah membuatkan dirinya tersepit disebabkan oleh tindakan yang telah dilakukan itu ternyata telah memerangkap dirinya sendiri.

Pengguna-pengguna halaman sosial Facebook yang berbeza agama di Sabah telah mendoakan pasangan suami-isteri ini dengan sepenuh hati agar keadilan dan kemenangan diberikan kepada mereka dan penjenayah diberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

Hasil daripada sebaran informasi ini, tekanan secara langsung telah diberikan kepada pihak polis untuk menjalankan penyiasatan rapi dan membuat tangkapan sebaik sahaja maklumat lengkap diperolehi.

Pihak Bobohizan berkongsikan perbualan diantara Felsie dengan Callistus Fernandez sebagai rujukan umum.

Gambar perbualan dibawah ini dengan nama Harney JR Bond merupakan akaun Harnefer yang telah dicerobohi oleh Callistus Fernandez. Melalui akaun ini, Callistus Fernandez menyamar menjadi Harnefer untuk mencari mangsa baru.

1 2 3 4 5 6 7 8
Gambar dibawah ini pula merupakan perbualan susulan menggunakan nama "John" kononnya Harnefer telah mencadangkan nama mangsa kepadanya untuk dihubungi.
1 2 3 4

Sumber rujukan: Bobohizan Press

Ibu Harnefer: Callistus Fernandez Adalah Seorang Yang Licik

RANAU, 23 Mac 2016: Ibu Harnefer Johumin yang bernama Ratimah telah membuat penjelasan ringkas tentang gambar-gambar yang telah disebarkan oleh Callistus Fernandez di halaman media sosial Facebook miliknya.

Menurut penjelasan daripada kenyataannya, beliau tidak menafikan sememangnya Callistus Fernandez adalah seorang yang sangat licik yang berusaha untuk memerangkap anaknya. Lelaki ini juga telah berusaha untuk mengambil hatinya agar menerima dirinya (Callistus Fernandez) sebagai menantu tapi Harnefer telah menolak niat lelaki tersebut yang mengakibatkan lelaki ini merancang untuk menjatuhkannya.

Gambar konvokesyen yang menampakkan Harnefer bergambar dengan lelaki tersebut yang seolah-olah gembira sebenarnya sedang berada didalam ketakutan namun telah menyembunyikan kerana diugut oleh lelaki tersebut. Beliau yakin akan ketakutan yang dialami oleh Harnefer pada ketika itu kerana beliau juga ada bersama-sama dengannya pada waktu itu.

Ibu Harnefer menjelaskan bahawa beliau yakin terhadap apa yang diperkatakan oleh anaknya pada kenyataan-kenyataan yang lepas adalah benar tanpa sebarang rekaan kerana beliau sebagai ibu kepadanya lebih mengenali diri Harnefer berbanding orang lain kerana beliau telah mendidik dan menjaganya sejak lahir. Segala perlakuan dan sikapnya amat difahami.

Beliau mengakui bahawa sikap anaknya mulai berubah setelah bekerja dengan lelaki tersebut melalui tawaran bekerja pada bulan September 2015. Menurutnya juga, Callistus Fernandez berusaha untuk menjauhkan Harnefer daripadanya.

Ratimah ibu kepada Harnefer memohon maaf kepada orang ramai atas sebaran gambar-gambar tersebut yang telah dilakukan oleh lelaki durjana itu dan memohon agar tidak membantu kepada penyebaran gambar-gambar tersebut sebaliknya mematikannya dengan tidak menyebarkannya.

Sumber rujukan: Bobohizan Press

Suami Harnefer Menghancurkan Teknik Serangan Psikologi Callistus Fernandez

KOTA KINABALU, 22 Mac 2016: Lourance yang merupakan suami kepada Harnefer Johumin kini telah mengambil alih akaun Facebook isterinya bagi meredakan tekanan emosi dan psikologi yang dihadapinya setelah gambar demi gambar tentang dirinya tersebar di media sosial Facebook yang telah disebarkan oleh Callistus Fernandez yang berselindung disebalik akaun-akaun palsu.

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Lourance didalam akaun Facebook isterinya yang mana beliau telah menerangkan perkara yang sebenarnya telah berlaku terhadap isterinya.

Beliau mengatakan bahawa tindakannya itu adalah untuk membantu isterinya menghancurkan cubaan-cubaan jahat Callistus Fernandez yang berusaha untuk menjahanamkan rumah tangga mereka melalui permainan psikologi dengan sebaran gambar-gambar yang kononnya menunjukkan bahawa Harnefer menipu tentang hubungannya dengan Callistus Fernandez.

Menurut Lourance, Harnefer tidak mampu ingat secara tepat akan masa, tarikh dan tempat dimana gambar tersebut diambil dan lebih-lebih lagi kelakuan yang ditonjolkan didalam gambar-gambar tersebut.

Suami Harnefer memberitahu bahawa peguam mereka telah memberitahu bahawa terdapat ubat-ubat yang digunakan penjenayah untuk melakukan perbuatan jahat terhadap kaum perempuan. Ubat-ubat tersebut adalah  "Dormicum" dan "Rohypnol". Menurut peguam mereka mengatakan bahawa ubat "Dormicum" adalah kesukaan bagi penjenayah kerana ubat jenis ini "tidak mempunyai rasa" dan "tidak berwarna" yang menyebabkan ia mudah dibubuhkan didalam minuman tanpa disedari oleh mangsa.

Peguam mereka menjelaskan lagi bahawa tujuan kepada penggunaan ubat ini sebenarnya adalah dikhususkan untuk tujuan perubatan kepada pesakit yang tidak mahu memberikan kerjasama dalam menjalani rawatan ataupun takut untuk menerima rawatan. Setelah ubat ini diberikan, pesakit akan mendengar cakap sepenuhnya malah personaliti akan berubah menjadi ceria. Kesan kepada penggunaan ubat ini, pesakit tidak akan mampu ingat tentang apa yang telah berlaku kepada dirinya setelah kesan ubat itu hilang.

Menurut peguam mereka, penggunaan tujuan ubat ini pada masa sekarang telah disalahgunakan oleh kebanyakan orang dan penjenayah telah menggunakan ubat ini bagi aktiviti-aktiviti jahat seperti mana yang dilakukan oleh Callistus Fernandez.

Penjelasan daripada peguam tersebut telah mencerahkan dan menjawab segala persoalan-persoalan yang telah menjadi tanda tanya selama ini oleh orang ramai tentang mengapa "Harnefer kelihatan gembira dan tidak mabuk" didalam gambar-gambar yang disebarkan oleh Callistus Fernandez sepertimana yang diperkatakan sebelum ini melalui kenyataannya.
Sementara tindakan undang-undang sedang diambil keatas Callistus Fernandez, Lourance telah menyeru dan memohon kepada orang ramai khususnya pengguna-pengguna halaman sosial Facebook untuk membantu mereka untuk menghentikan viral gambar-gambar tersebut didalam group Facebook dengan meminta admin-admin group untuk memadamkan gambar-gambar tersebut, menyekat keahlian pemilik akaun tersebut didalam mana-mana group Facebook yang telah menyebarkan gambar tersebut. Selain itu juga, beliau memohon agar membantu mereka untuk melaporkan akan perbuatan jahat pengguna akaun tersebut kepada Admin Facebook agar tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak Facebook.

Beliau menambah bahawa tindakan undang-undang juga akan diambil kepada mana-mana pengguna akaun Facebook yang telah menyebarkan gambar-gambar tersebut setelah dihubungi agar tidak berbuat demikian.

Beliau juga menyampaikan satu mesej penting kepada Callistus Fernandez bahawa perbuatan jahatnya itu tidak akan sesekali meruntuhkan kepercayaan, kesetiaan dan kecintaan terhadap isterinya walau apa jua usaha yang dilakukan oleh lelaki durjana itu.

"Sebarkanlah seberapa banyak gambar-gambar isteri saya yang ada didalam simpanan kamu dengan menggunakan 1001 akaun palsu, tidak akan mampu mengoyahkan hubungan dan rumahtangga ini", kata Lourance yang ditujukan kepada Callistus Fernandez didalam kenyataan rasmi itu.

Tambahannya lagi, "Ketawa dan senyuman yang terukir pada wajah lelaki durjana itu sekarang adalah tanda kekalahan yang sedang dihantui oleh dirinya-sendiri (Callistuss Fernandez) kerana jauh didalam hati, dia sedar pengakhiran kepada perbuatannya itu tidak akan kemana-mana sebaliknya hukuman undang-undang bakal menantinya".

Sumber rujukan: Bobohizan Press

Saya Lebih Mempercayai Isteri Saya Berbanding Callistus Fernandez

RANAU, 21 Mac 2016: Suami Harnefer Johumin dengan nama akaun Facebook "Sabah Tanah Airku" telah membuat kenyataan rasmi ringkas tentang sebaran gambar-gambar isterinya oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab yang bernama Callistus Fernandez, yang juga merupakan bekas majikan isterinya.

Dalam kenyataan rasmi ringkas didalam akaun Facebook, suami Harnefer telah memberitahu bahawa beliau telah dihubungi oleh lelaki tersebut tanpa pengetahuan isterinya  yang bertujuan untuk meracuni fikirannya agar membenci isterinya (bakal isterinya pada waktu itu).

Dalam erti kata lain, lelaki tersebut berusaha untuk merosakkan hubungan mereka namun suami Harnefer (bakal suami ketika itu) mempercayai isterinya lebih daripada orang luar tidak termakan dengan hasutan jahat lelaki tersebut. Beliau juga percaya bahawa isterinya tidak akan melakukan perkara seperti itu.

Menurut suami Harnefer, Callistus Fernandez memang pandai untuk memanipulasikan pemikiran orang namun teknik itu tidak berjaya digunakan keatas dirinya. Walaupun pelbagai usaha yang dilakukan oleh lelaki tersebut namun dengan begitu mudah suami Harnefer mematahkan cubaan-cubaan Callistus Fernandez sehingga membuatkan lelaki ini telah menjadi "mati kutu".

Suami Harnefer telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan moral kepada isterinya.

Segala doa yang diberikan tanpa mengira agama telah menjadikan kes ini sebagai sesuatu yang luar biasa kerana mendapat perhatian yang luas di Sabah, Sarawak dan Malaya. Pasangan suami isteri ini telah memohon daripada semua pihak agar terus memberikan mereka sokongan doa, moral dan motivasi kepada isterinya dan pada masa yang sama menyeru semua pihak untuk mengancam tindakan lelaki tersebut sekeras-kerasnya.

Sumber rujukan: Bobohizan Press

Harnefer Mematahkan Serangan Psikologi Callistus Fernandez

KOTA KINABALU, 21 Mac 2016: Callistus Fernandez dengan kad pengenalan bernombor 680206-08-5137 telah memulakan serangan psikologi terhadap Harnefer Johumin yang merupakan bekas pekerjanya kerana telah mendapati dirinya tersepit dengan tindakan undang-undang yang sedang dihadapinya, yang mana jikalau disabit kesalahan lelaki ini boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 10 sebatan.

Bekas majikan Harnefer Johumin telah menggunakan akaun palsu Facebook yang bernama Genevie Mojilip untuk menyebarkan gambar-gambar separa bogel milik Harnefer Johumin yang telah diambil dirumah kediamannya (Callistus Fernandez) di Beverly Hill, Apartment Phase 1, Block M 9-1 pada bulan November 2015.

Menurut penjelasan yang telah diberikan oleh Harnefer Johumin didalam akaun Facebook miliknya, gambar-gambar tersebut dapat disahkan dimiliki oleh Fernandez Callistus kerana lelaki ini sendiri telah menampakkan gambar tersebut kepada suaminya ketika mereka membuat laporan polis di balai Polis Penampang pada bulan Februari 2016. Harnefer juga mengesahkan akan kesahihan gambar tersebut dimiliki oleh lelaki durjana ini kerana gambar-gambar inilah yang diugut untuk disebarkan jikalau dia tidak menurut kehendak lelaki ini dan ketika dia ingin berhenti bekerja.

Pemilik akaun sebenar kepada Facebook ini adalah Genevieve M.Mojilip. Harnefer yang telah menjadi mangsa serangan psikologi dan juga telah hampir menjadi mangsa rogol oleh bekas majikannya ini menyeru kepada orang ramai untuk membuat laporan "akaun palsu" kepada pihak Facebook agar akaun tersebut dipadamkan daripada terus menyebarkan gambar-gambar tersebut. Ini kerana, menurutnya juga mesej yang hampir sama juga telah dikeluarkan oleh lelaki ini berkaitan dengan SSKM sewaktu menggunakan akaun lamanya yang dahulu. Dengan mesej pos tersebut, ini dapat membuktikan orang disebalik akaun tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Callistus Fernandez.

Harnefer telah menghubungi peguamnya dan laporan polis akan dilakukan dalam minggu ini terhadap Callistus Ferndandez.

Callistus Fernandez juga telah menjadikan beberapa gadis Sabahan sebagai mangsa rogolnya. Pada tahun 2014, seorang gadis pedalaman telah dirogol selama 2 minggu. Gadis tersebut kini telah mengambil tindakan undang-undang keatas lelaki ini. Kes ini sekarang berada dibawah siasatan polis dibawah seksyen Jenayah Berat.

Sumber rujukan: Bobohizan Press

Gadis Mangsa Rogol 2014 Membuat Laporan Polis Terhadap Callistus Fernandez

KOTA KINABALU, 2 Mac 2016: Gadis Pedalaman yang telah menjadi mangsa rogol oleh Callistus Fernandez telah membuat laporan polis di Balai Polis Penampang pada 29 Februari 2016.

Mangsa yang ditemani oleh tiga orang peguam tiba di Balai Polis Penampang pada pukul 3.20pm telah membuat laporan polis berhubung dengan perbuatan jenayah yang telah dilakukan oleh lelaki tersebut keatas mangsa pada tahun 2014.

Kenyataan mangsa telah diambil pada pukul 3.30pm dan siap pada pukul 5.00pm. Kemudian, mangsa yang ditemani dengan tiga orang peguamnya diminta untuk datang semula pada pukul 7.00pm untuk memberikan keterangan kepada seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor yang bertugas dibawah Jabatan Siasatan Jenayah. Keterangan siap diambil pada sekitar pukul 11.30pm.

Gadis Pedalaman yang tidak mahu identitinya didedahkan kepada umum pada ketika ini telah memaklumkan kepada Bobohizan Press bahawa beliau telah dihubungi  oleh seorang Pegawai Polis yang berpangkat Inspektor dari Balai Polis Ranau yang bernama Inspektor Tan pada pukul 8.30am kelmarin (1 Mac 2016), telah memintanya untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.

Walau bagaimanapun, beliau telah memaklumkan kepada Pegawai Polis Inspektor tersebut untuk berurusan terus dengan Peguamnya bagi memudahkan penyiasatan. Gadis Pedalaman ini juga telah memaklumkan perkara ini kepada peguamnya.

Fail kes siasatan telah dibuka oleh pihak Polis bagi menyiasat perbuatan jenayah Callistus Fernandez. Untuk setakat ini, baru terdapat dua laporan rasmi polis telah dibuat keatas lelaki ini. Dijangka akan ada beberapa lagi laporan Polis bakal menyusul.

Sumber rujukan: Bobohizan Press